Anzalna Akan Tinggalkan Dunia Lakonan Untuk Fokus Pada Perniagaan

Sebelum ni pelakon cantik, Anzalna Nasir pernah mencetuskan tanda tanya mengenai statusnya yang dikatakan berbadan dua.. Di mana ramai yang menyangka pelakon ni hamil selepas memuat naik video yang menunjukkan barangan bayi di akaun Instagramnnya..

Tapi yang mengandung sebenarnya tu, rupanya kakak Anzalna lah.. Miss tengok peminat Anzalna beriya-iya mengucap tahniah kat Anzalna.. Hahhaa..

Anzalna sekarang Miss tengok, senyap je.. Dia dah tak nak berlakon ke?? Miss ingatkan Anzalna menyepi daripada berlakon sebab nak jadi suri rumah sepenuh masa.. Rupa-rupanya Anzalna sekarang ni sibuk pulak buat perniagaan bunga.. Patutlah Anzalna sering memuat naik gambar memegang bunga, rupanya dah jadi tauke bunga lah u’olls.. Hahhaa..

Jual bunga pulak Anzalna noh! Kalau tak silap Miss, Anzalna pun ada buat perniagan produk untuk penjagaan rambut kan.. Tak cukup dengan perniagaan tu, dikembangkan lagi dengan menjual bunga pulak yer..

Miss rasa mesti ramai yang tertarik nak beli bunga dengan Anzalna kan, tengok jer lah siapa pulak penjualnya.. Bunga dan Anzalna sama cantik! Hahaha.. Tapi Miss tertanya-tanya jugak, Anzalna giat nak berniaga ni sebab dah tak laku ke??

Atau Anzalna dah ada niat nak berhenti menjadi anak seni, dan tumpu perhatian sepenuhnya kepada perniagaannya jer?? Apa-apa pun pilihan Anzalna, Miss ucapkan semoga dia berjaya di dalam perniagaan yang dia ceburi.. – Misshana/Utaranews

Leave a comment