Sistem Mengundi Pucuk Pimpinan MCA Bakal Berubah

MCA bakal menyaksikan perubahan besar terhadap sistem pengundian pemilihan bagi membenarkan lebih ramai anggota perwakilan dari peringkat bahagian memilih pucuk pimpinan parti berkenaan.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha bagi mentransformasi parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar itu.

Menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, apabila dilaksanakan kelak, sistem baharu itu bakal menyaksikan 32,825 orang perwakilan daripada kesemua bahagian MCA seluruh negara, mengundi secara langsung bagi memilih pucuk pimpinan parti.

“Dengan kaedah sedemikian kami berharap lebih ramai ahli MCA dapat mengambil bahagian dalam pemilihan pucuk pimpinan kerana pada masa dahulu cuma 2,400 perwakilan berhak membuat pengundian. Ini menyebabkan ramai golongan muda, wanita tidak berpeluang untuk buat pemilihan.”

“Jadi sekarang kita memperbesarkan lingkungan supaya ramai lagi dapat buat pemilihan. Kami berharap kaedah ini akan dapat mempertingkatkan semangat ahli-ahli kita. Mekanisme ini juga lebih telus dan membayangkan kehendak peringkat akar umbi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti,” katanya..

Pindaan ke atas perlembagaan parti itu bagaimanapun memerlukan undi dua pertiga daripada perwakilan pada perhimpunan agung MCA.

Mengikut sistem pengundian sedia ada, pemimpin parti berkenaan dipilih oleh kira-kira 2,400 perwakilan pusat pada pemilihan parti yang diadakan setiap tiga tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s