Tun Mahathir Bertanggungjawab Dalam Isu Mykad Di Sabah

Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) mahu Tun Dr Mahathir Mohamad dipertanggungjawabkan dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau, mendakwa peranan bekas Perdana Menteri itu dalam pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) jelas berikutan pengakuannya yang boleh dilihat menerusi laman YouTube.

“Bekas Perdana Menteri (Tun Mahathir) mengaku… kita boleh lihat menerusi rakaman di YouTube,” katanya ketika berucap pada Konvensyen UPKO 2016 di Pusat Kebudayaan Penampang..

Konvensyen itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Terdahulu, perwakilan dipertontonkan dengan rakaman YouTube kira-kira seminit mengenai kenyataan Tun Mahathir dalam satu sidang media berhubung isu pemberian kad pengenalan kepada PATI di Sabah.

Ketika rakaman itu dipertontonkan, sebahagian perwakilan menjerit dan marah kepada bekas Perdana Menteri terbabit.

Mengulas lanjut, Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meminta kerajaan menarik balik semua kad pengenalan rakyat Malaysia yang dikeluarkan di Sabah bagi membolehkan status semua pemilik MyKad terbabit disemak semula.

Katanya, ini bagi memastikan hanya rakyat Malaysia mendapat semula kad pengenalan baharu, sekali gus menghantar pulang PATI yang memiliki MyKad dengan cara salah iaitu merasuah pihak berkuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s