Kaka Azraff Dan Rody Kristal Bakal Bertunang!!

Panas! Sebelum ni nama penyanyi Kaka Azraff pernah menjadi bualan hangat, apabila dikaitkan bercinta dengan penyanyi Awi Rafael.. Tup! Tup! Terbaru, terkejut Miss bila dengar yang Kaka dan gitaris kumpulan Kristal, Rody dikatakan bakal bertunang..

Whoaa.. Bila masa pulak dua artis ni bercinta ek?? Pandai Kaka dan Rody sembunyikan hubungan dorang.. Tetapi Miss dengar, majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung pada 1 Januari depan terpaksa ditangguhkan di saat-saat akhir ke tarikh lain atas permintaan sebuah stesen TV.. Pulak dah!

Padahal segala persiapan majlis pertunangan dah siap dan telah diumumkan kepada keluarga, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan terdekat pun.. Namun sayangnya terpaksa ditangguhkan.. Bila ditanyakan kepada tuan empunya badan mengenai perkara ni, lain pulak jawapan yang diberikan..

Kaka menafikan yang dia bakal bertunang, tetapi Kaka mengiyakan dia dan Rody kini sedang mengenali hati budi masing-masing.. Rody pun turut memberi penjelasan yang sama dengan Kaka.. Rody dan Kaka sebenarnya dah lama kenal, cuma sekarang baru dorang nak mengenali hati masing-masing dengan lebih dekat..

Berkenaan dengan cerita penangguhan majlis pertunangan atas permintaan sebuah stesen TV tu pulak.. Kaka mengatakan perkara tu tak ada kena mengena.. Apa-apa pun.., kalau benar ada majlis, beritahu jer lah.. Benda yang baik tak perlu lah nak disembunyikan.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s