“Mencuri” Hanya Sesuai Untuk PAS – Khalid Samad

Pantang diusik sedikit pasti ramai yang akan melenting… Kemudian, mula la dorang saling kata mengata…. Itu yang berlaku sekarang ni pada Parti Amanah Negara (PAN) dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Semuanya bermula apabila Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang mengumumkan PAN berhasrat untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen yang dilihat mempunyai potensi untuk menang. Jumlah 40 kerusi Parlimen yang dimaksudkan, termasuklah kerusi yang dimilik oleh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Akibat daripada itu, PAS menggelarkan PAN sebagai mahu mencuri kerusi sekutu sendiri… Ini kerana hasrat PAN yang mahu bertanding atas kerusi PKR. Perkara tersebut digambarkan PAS sebagai mencuri kerusi parti pakatan sendiri. Dari situ, mulalah adegan kata mengata di antara mereka.

Malah kini Khalid membalas pertuduhan PAS yang mendakwa PAN sebagai pencuri kerusi sekutu sendiri. Ujar Khalid… Perkataan ‘mencuri’ hanya sesuai ditujukan kepada parti Islam itu sahaja, kerana PAS pernah mempunyai sejarah mencuri kerusi Parlimen di Kota Damansara pada PRU13 lalu.

Pada ketika itu, Khalid mendakwa PAS telah melanggar keputusan yang dibuat bersama dan mencuri kerusi PKR. Berbeza dengan PAN yang hanya baru membuat cadangan… Persetujuan mengenai cadangan tersebut bakal dibuat bersama dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelak.

Tambahnya, PAS kini tidak perlu terlalu risaukan mengenai perbalahan diantara PAN dengan PKR berhubung kerusi mereka, DAP dan PPBM akan sentiasa berbincang untuk mencapai persetujuan tanpa perbalahan.

Malah PAN juga berjanji akan memperbaiki hubungan mereka dengan Pakatan Harapan dan parti cap bunga itu, agar hubngan antara mereka tidak akan terjejas atas sebab kerusi. Jadi PAS tidak perlu bersusah payah untuk mengambil berat mengenai masalah dalam kain Pakatan Harapan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s