Estranged Hampir Berpecah Kerana Seorang ‘Wanita’

t

Kemunculan kumpulan penyanyi, bukan sesuatu yang baru dan luar dalam industri muzik.. Antara kumpulan penyanyi yang ada seperti Bunkface, Estranged dan banyak lagi.. Tapi Miss nak menceritakan pasal kumpulan Estranged selepas mendengar berita yang tak baik telah menimpa dorang..

Miss dengar Estranged yang dianggotai oleh Solohuddin Hormat (Din), Richael Lawrence Gimbang (Rich) dan Nor Hanafi Noor Hadi (Hanafi) bakal mengambil tindakan undang-undang selepas ditipu oleh seorang wanita.. Wanita itu kononnya menjemput Estranged untuk mengadakan persembahan sempena Festival Apple Music di London..

Padahal festival berkenaan tak pernah wujud seperti yang didakwa, selepas pihak Estranged membuat semakan dengan pihak Apple di United Kingdom.. Wanita tu siap kenalkan diri dia sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc London lagi wei.. Tak boleh blah langsung..

Lebih ‘drama’ lagi tu, wanita tersebut siap menyerahkan surat kononnya daripada pengarah Apple Music untuk membuktikan dia tak menipu.. Biasalah orang kalau ada niat menipu, pasti banyak idea jahat yang muncul.. Betul tak?? Nasib baik lah pihak Estranged menghubungi pihak Apple disana, sekaligus dorang dapat tahu yang wanita tersebut adalah seorang penipu..

Gara-gara penipuan yang dilakukan wanita tu jugak, kumpulan Estranged dikatakan hampir berpecah.. Estranged mendedahkan perkara ni kerana ingin mengelak artis-artis lain menjadi mangsa dan diperdaya oleh wanita berkenaan..

Lagipu Miss dengar wanita berkenaan masih aktif dan sedang cuba mendekati artis-artis lain dengan tawaran yang sama, dengan niat untuk memperdayakan mereka.. Macam mana pun pihak Estranged telah memfailkan saman terhadap wanita berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s