PKR Sahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang Tak Iktiraf Kejayaan Anak Melayu

Bila Andy katakan Pulau Pinang bakal menjadi seperti Singapura yang tidak mahu mengiktiraf anak Melayu sebagai anak tempatan… Ramai yang kata Andy ni menipu dan sebagainya.
Korang sendiri dah lihat dengan jelas, bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang menipu orang Melayu di negeri itu…. Habis kampung-kampung orang Melayu dirobohkan dan orang Melayu di negeri itu diusir seperti pendatang.
Itu baru cerita pasal kampung-kampung milik orang Melayu… Tengok pula peniaga-peniaga kecil jalanan di negeri itu… Sekiranya peniaga itu berketurunan orang Melayu, maka tipis laa peniaga Melayu mahu mengembangkan perniagaan mereka.
Kalau peniaga Cina, kerajaan negeri hanya membutakan mata dengan memberi keizinan kepada peniaga-peniaga untuk menjalankan perniagaan sehingga mengganggu lalu lintas… Kalau peniaga Melayu bertindak demikian, jawabnye ‘standby’ jelaa nak kena angkut dengan pihak berkuasa.
Bukan Andy saja yang kata kerajaan DAP Pulau Pinang ini bertindak pilih bulu…. Tapi, rakan sekutu DAP iaitu PKR sendiri mengesahkan bahawa DAP memang pilih bulu dalam mentadbir negeri itu.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengesahkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengiktiraf kejayaan anak Melayu, apabila tidak mengiktirafkan kejayaan dua anak muda Melayu yang berasal dari negeri itu.
Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang banyak memberi pengiktirafan kepada mereka yang bukan berketurunan Melayu dari pelbagai bidang, antaranya ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Justeru, Mansor mahu kerajaan negeri mengiktiraf kejayaan dua anak muda ini yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sebagai ‘ikon’ kepada generasi yang akan datang.
“Pengiktirafan kejayaan membanggakan ini penting bagi memberi dorongan kepada anak muda yang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang mereka harapkan,” kata Mansor. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a comment