Wanita Tanggung Kerugian Bernilai RM17,400 Angkara Tikus!!

Beijing – Seorang wanita terpaksa menanggung kerugian bernilai RM17,400 apabila wang miliknya yang disimpan dalam tempayan didalam sebuah gua telah hancur dimakan tikus..

Wanita berusia 51 tahun yang tidak didedahkan namanya itu berkata, wang yang disimpan didalam gua itu adalah hasil penat lelah yang beliau kumpul bersama suaminya..

Wang itu di kumpul bersama si suami untuk membayar kos perubatan anak lelaki mereka yang sakit. Baru-baru ini, wanita itu pergi ke gua untuk mengambil wang tersebut.. Tetapi beliau terkejut apabila mendapati kesemua wang yang mereka simpan itu telah koyak rabak akibat dimakan oleh tikus..

“Saya buta huruf, memang tidak mungkin dapat ke bank untuk menyimpan wang.

“Saya menyangkakan cukup selamat jika wang disimpan dalam tempayan seperti ini. Memang saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, undang-undang kewangan China membenarkan pemilik wang yang telah hancur akibat kebakaran atau di makan haiwan mendapat wang ganti jika sumber duit itu dapat dibuktikan kepada pihak bank..

Seorang wanita di sebuah bank tempatan berkata, wanita itu boleh mengumpul semua wang yang telah di makan tikus itu dan membawa wang tersebut ke bank tempatan bagi disahkan pihak bank. Jika dapat ditaksirkan jumlah wang yang sebenar, wanita itu akan mendapat wang ganti untuk jumlah wang yang telah dikumpul di dalam tempayan tersebut.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s