Thiago Quirino da Silva Gagal Pikat Hati Tan Cheng Hoe

Pemain import ujian bagi pasukan bola sepak negeri Kedah, Thiago Quirino da Silva dikatakan tidak lagi berlatih bersama skuad Hijau Kuning tersebut. Perkara ini disahkan melalui satu posting di page Facebook ‘Kedah FA – Persatuan Bola Sepak Kedah’.

Kelibat Thiago juga tidak lagi kelihatan berlatih bersama pemain-pemain import yang lain… Kini yang tinggal hanyalah Ken Ilso Larsen. Pemain Denmark itu menjadi antara satu-satunya pemain import ujian yang menjalani latihan bersama skuad Hijau Kuning.

Ken Ilso Larsen bakal dinilai melalui perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mengenai nasib pemain dibahagian serangan Thiago tersebut, dia dikatakan gagal untuk menambat hati jurulatih pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe.

Pada usianya yang sudah meningkat 31 tahun itu, Thiago berkemungkinan gagal untuk memenuhi tahap kecergasan dan stamina yang dikehendaki jurulatih pasukan Kedah itu. Berasal daripada Brazil… Pemain bahagian serangan itu tidak berjaya untuk mendapatkan tempat untuk bermain bersama Kedah dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

Kemungkinan besar Thiago juga gagal untuk menambat hati peminat setia skuad Hijau Kuning… Pengalaman dan skil-skil yang dimiliki Thiago, pastinya tidak berjaya dan tidak cukup untuk memenuhi cita rasa yang dimahukan Tan Cheng Hoe.

Takpe… Sekarang ni kita nantikan pula persembahan dan kebolehan yang bakal ditonjolkan oleh Ken Ilso Larsen sebagai pemain serangan. Dengar kata, Ken Ilso Larsen ni telah menjaringkan 31 gol sepanjang 40 perlawanan pada musim lepas bersama pasukan lamanya.. Perhhh, memang hebat kan! Mungkin Ken Ilso Larsen mampu menambat hati Tan Cheng Hoe. Sama-sama kita nantikan.. – TiraGomez/Utara News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s