Seribu Nelayan Di Pulau Pinang Bakal Pupus Dibawah Kerajaan DAP

2c-copy

Jika dibiarkan DAP memerintah lebih lama di Pulau Pinang, tak mustahil suatu hari nanti nelayan sudah tidak lagi wujud di negeri ini akibat dari kerakusan kerajaan parti cap roket tersebut, didalam mengejar keuntungan sehingga mengabaikan kebajikan golongan berkenaan.

Isu tambakan laut yang wujud di negeri Pulau Pinang bukanlah masalah baru yang mengancam kehidupan nelayan tradisional negeri ini, tetapi ianya semakin meruncing dan sangat membimbangkan banyak pihak, khususnya nelayan selepas DAP mengambil alih pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional.

Lebih malang lagi, DAP yang memperdaya rakyat negeri ini terutamanya para nelayan melalui manifesto Pilihanraya Umum 2008, langsung bertindak seperti cakap tak serupa bikin. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah berjanji melalui manifesto berkenaan, akan menyelesaikan isu tambakan laut.

Tetapi selepas 8 tahun, semua janji yang diucapkan oleh Guan Eng dan DAP ternyata hanya helah untuk memenangi pilihanraya semata-mata apabila nasib para nelayan di Pulau Pinang kini ibarat telur dihujung tanduk.

Tindakan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang yang meluluskan pelbagai projek pesisir pantai tanpa membuat sebarang penelitian, dibantah keras oleh hampir seribu nelayan tradisional di kawasan Teluk Kumbar, Tanjung Tokong serta Balik Pulau.

Didalam perjumpaan dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pulau Pinang beberapa hari lalu, wakil nelayan meluahkan kerisauan tentang nasib mereka yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri. Mereka berdepan dengan risiko kehilangan punca pendapatan akibat dari projek-projek pembangunan pesisir pantai yang dijalankan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mereka merupakan pihak yang menerima kesan paling besar daripada projek penambakan laut dan melalui fasa kehidupan yang semakin sukar dan mencabar, akibat dari zon penangkapan ikan yang semakin kecil kerana dijajah oleh projek pembangunan.

Mungkin bagi Guan Eng dan DAP Pulau Pinang, jumlah seribu nelayan tradisional adalah tidak banyak dan difikirkan langsung tak menjejaskan undi yang mereka perolehi semasa menenangi pilihanraya, namun nelayan juga adalah rakyat biasa yang mahukan kehidupan yang serba selesa.

Tindakan kerajaan DAP negeri yang terlalu mengejar pembangunan sehingga menidakkan mata pencarian golongan nelayan, bukan sahaja menghapuskan kepercayaan dari pihak berkenaan, tetapi juga menyebabkan seluruh rakyat Pulau Pinang hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri didalam soal menjaga rakyat.

Projek tambakan laut bukan sahaja menyusahkan penduduk pesisir pantai yang bergantung harap kepada hasil bumi, tetapi ia juga menyebabkan ekosistem laut terancam dan juga kemusnahan terhadap kehidupan manusia itu sendiri.

Tambakan laut akan menyebabkan kawasan terbabit mengecil dan ianya akan menjadi antara punca banjir ketika hujan lebat, khususnya dikawasan-kawasan yang berhampiran laut. Selain itu, masalah sampah dan juga air tercemar juga bakal dihadapi oleh penduduk setempat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s