Rita Rudaini Kecil Hati Bila Dipanggil ‘Mak Janda’ Oleh Donna Muslim

U’olls kenal tak siapa Donna Muslim?? Miss rasa mungkin ada yang kenal atau tak kenal dengan pengacara kacak ni.. Donna ni salah satu nama baru didalam industri hiburan tanah air.. Nama Donna terkenal pun sebab dia dikatakan mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan pelakon cantik, Rita Rudaini..

Namun, baru-baru ni nama Donna menjadi bualan hangat dan dikecam teruk dengan peminat Rita selepas menggelarkan Rita sebagai ‘mak janda’.. Gelaran tu diberikan ketika Donna membalas pertanyaan seorang kenalan mengenai video yang dimuat naik di akaun Instagramnya..

Bila perkara tu menjadi panas dan dikecam hebat, tuan empunya badan telah tampil memohon maaf.. Donna kononnya tak ada niat nak menghina status Rita dan berasa bersalah dengan apa yang berlaku.. Donna mengatakan tujuannya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram tu adalah untuk ‘membaiki’ soalan yang ditujukan kepada beliau..

Tetapi Donna dikatakan tersalah menggunakan perkataan ‘mak janda’ tu.. Yela tu! Sepatutnya Donna lebih berhati-hati menggunakan sesuatu perkataan supaya tak menyakiti orang di sekelilingnya.. Selain tu, Miss dengar Rita menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Donna tu agak kurang bijak.. Miss setuju sangat!

Rita merasakan sebagai sahabat, Donna tak sepatutnya memperlekehkan status beliau sebagai ibu tunggal.. Itu lah Rita, lain kali jangan berteman dengan lelaki muda yang tak matang macam ni.. Kan dah sakit hati dengan perbuatan ‘bodoh’ dia! Lain kali, carilah lelaki yang seusia dan matang.. Tak adalah Rita nak ‘makan hati’ lagi.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s