Pelancong Tempatan Kecewa Dengan Peniaga Kedai Makan Di Pulau Pangkor

7

7a

Pulau Pangkor – Seorang wanita telah terkejut dan agak kecewa dengan sikap sesetengah peniaga makanan yang mengenakan caj yang tidak berpatutan pada pelanggan. Harga yang perlu dibayar langsung tidak sepadan dengan apa yang telah di pesan.

Wanita yang dikenali sebagai Nanie Rahim telah memuat naik status terkilan pada sesetengah peniaga makanan yang lebih mementingkan keuntungan di laman sosial. Beliau memberitahu yang itulah kali pertama dia dan keluarga pergi makan di kedai makan tersebut.. Nanie akui mula rasa tertipu apabila dikenakan harga yang sangat mahal oleh juruwang.

“Maaf cubaan kakak untuk menipu duit saya gagal malam ini. Malam pertama dah rasa macam kena tipu. Saya kira-kira sendiri tidak dapat harga yang dia berikan.”

“Hidangan makan malam ini bila saya suruh kira, dia cakap RM198. Saya minta bil dan tulis harga untuk setiap lauk. Dia menolak dan cakap kalau kira satu-satu lagi mahal. Saya cakap tak apa, saya bayar ikut apa yang saya pesan,” katanya.

Lebih mengegecewakan Nanie apabila melihat caj harga makanan untuk satu jag air sirap dan air teh 0 ais adalah RM36. Apabila diminta membuat kira-kira harga setiap makanan yang dipesan, jumlah yang perlu di bayar sebenarnya hanya berharga RM177.

Sementara itu, pengguna laman sosial lain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama menjadi mangsa tipu oleh peniaga kedai makanan yang suka mengambil kesempatan pada pelanggan yang bercuti di sana.

Ada juga netizen di Perak bersetuju dengan perbualan netizen lain yang menjadi mangsa sikap tamak peniaga kedai di sana. Sikap tamak yang diamalkan oleh peniaga makanan seperti ini menjadi punca industri pelancongan di Pulau Pangkor semakin malap. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s