Parti Bunga Pilih Muhyiddin Jadi PM Jika Pembangkang Menang PRU14

Menurut sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), parti bunga tersebut memilih Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Bagi mereka, Muhyiddin adalah calon yang paling sesuai berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pemimpin kanan parti bunga yang tidak mahu namanya dikenali itu, menambah dirinya begitu rapat dengan Muhyiddin… Disebabkan itu dia yakin bekas timbalan perdana menteri itu mampu dan yang paling layak untuk diangkat menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Walaupun Muhyiddin pernah terpalit dengan pelbagai skandal dan termasuklah skandal mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang tokoh perniagaan. Namun bagi sumber pemimpin kanan parti bunga itu, ia tidak menjadi satu masalah jika calon perdana menteri terpalit dengan skandal seks.

Maknanya disini, parti bunga sebenarnya tidak setuju dengan cadangan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah sebagai perdana menteri interim. Manakala Muhyiddin hanya sebagai calon timbalan perdana menteri sementara.

Walaupun parti bunga tak setuju dengan cadangan Kit Siang, namun mereka tidak akan memaksa Pakatan Harapan untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Dorang akan ikut je telunjuk Kit Siang.. Iyela, parti bunga kan kuda tunggangan DAP… Dorang mana boleh cakap banyak.

Cumanya perkara tersebut akan dibawa berbincang dalam mesyuarat nanti, sekiranya perkara itu dibesarkan oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Nampaknya Muhyiddin masih lagi menyimpan angan-angan untuk menjadi perdana menteri.

Yela, siapa tak mahu jadi perdana menteri kan.. Dahulu Muhyiddin lagi selangkah nak jadi perdana menteri. Malangnya telah disingkirkan, jadi kali ni tak kan Muhyiddin nak jadi calon timbalan perdana menteri sekali lagi?? Dah macam lebai malang dah Gomez tengok si Muhyiddin ni.

Apa yang Gomez dapat simpulkan disini… Jika parti cap bunga tidak setuju dengan cadangan Kit Siang yang mencalonkan Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara.

Ini bermakna, mereka juga tidak setuju untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di dalam penjara atas kesalahan meliwat sebagai calon perdana menteri. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s