PAN Beri Amaran Pada PAS, Jangan Masuk Campur

Parti Amanah Negara (PAN) memberi amaran keras kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk tidak masuk campur dalam segala urusan yang melibatkan parti serpihan itu dengan Pakatan Harapan. Memandangkan PAS bukan lagi sebahagian dari pakatan pembangkang, jadi PAS diminta untuk menjauhkan diri dari segala urusan yang melibatkan pakatan tersebut.

Parti serpihan PAS itu juga turut mengarahkan PAS untuk tidak terlibat dengan urusan parti itu bagi bertanding di kerusi Parlimen milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tuduhan PAS kononnya parti serpihan itu mahu mencuri kerusi PKR adalah tidak benar. Kerja-kerja ‘mencuri’ itu hanya akan berlaku sekiranya ia mendapat persetujuan kedua-dua pihak selepas perundingan dilakukan.

Semua kerusi akan dibawa ke mesyuarat teknikal untuk mereka semua membuat rundingan… Jika PAS mahu bersama Pakatan Harapan dan mahu membuat rundingan. Maka, mereka mengalu-alukan tindakan tersebut dan ia akan menjadi lebih mudah untuk berunding, ujar Mujahid.

Keputusan PAS yang tidak mahu bersama Pakatan Harapan dikatakan hanya akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN). Jika itu keputusan PAS, maka mereka tidak perlu bimbang dan ambil tahu mengenai urusan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata demikian bagi menjawab dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad jika PAN menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, maka parti itu tidak akan sesekali “mencuri” kerusi PKR.

Oleh itu, Mujahid berkata jika PAS mahu bersama Pakatan Harapan, dipersilakan. Yela, dah PAS pun dok sibuk sangat pasal apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang tu. Ke PAS teringin nak kembali pada mereka?

Kalau tidak, kenapa PAS sibuk sangat nak beri respon mengenai kenyataan  Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad yang menyatakan hasrat mahu bertanding di 40 kerusi milik PKR dan PAS pada PRU14 nanti. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s