Noraniza Idris Kecewa Dengan Penerimaan Orang Ramai Terhadap Lagu Irama Malaysia

Nama penyanyi Noraniza Idris bukan lah satu nama yang asing lagi dalam industri seni Tanah Air.. U’olls pun tahu kan Noraniza Idris terkenal menerusi genre lagu irama Malaysia.. Kalau sebelum ni kategori irama Malaysia dalam Anugerah Juara Lagu, pasti penyanyi lagu ‘Dikir Puteri’ ni akan ‘rembat’ kategori tersebut..

Tapi sayangnya kategori bagi irama Malaysia sudah tak ada dalam AJL.. Miss tak menafikan genre lagu irama Malaysia memang kurang mendapat sambutan ramai.. Walaupun Noraniza Idris dah tak aktif membuat persembahan di atas pentas seperti sebelum ni, tapi beliau masih lagi aktif menaikkan martabat lagu-lagu irama Malaysia..

Tapi itulah yang membuat Noraniza kesal, bila masih ada pihak yang memandang rendah terhadap perjuangannya dalam menaikkan irama Malaysia di negara ni.. Noraniza Idris mengatakan dia sering berhadapan dengan pelbagai rintangan dan diberi layanan tak adil..

Biasalah bila sesuatu tu tak popular, pasti orang akan pandang sebelah mata jer.. Cuba sesuatu tu sedang trend, pasti ramai yang akan berebut-berebut.. Sebagai seorang anak seni yang sudah 30 tahun berkecimpung dalam industri, Noraniza Idris berharap perjuangannya selama ni akan membuahkan hasil sebelum dia mengundurkan diri daripada bidang seni..

Lagi satu, Noraniza Idris memuji usaha TV3 kerana kemunculan program ‘3 Juara’ yang mencari bakat-bakat baharu dalam bidang nyanyian, ini adalah bukti irama Malaysia masih dapat bersaing disamping genre lagu-lagu lain seperti rock dan balada.. Kalau u’olls rindukan suara Noraniza Idris, nantikan single terbarunya pada Januari depan yer.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s