Mukhriz Pandang Hina Pada Penerima BR1M

Melalui satu posting tweet di laman sosial Twitter milik Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir… Kata-kata yang diungkapkan pemimpin tersebut umpama satu penghinaan bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Mukhriz memperlekehkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan mendakwa, bukti ‘kejayaan’ kerajaan BN dan UMNO adalah ramainya penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), apa dah jadi pada ekonomi berpendapatan tinggi?? Soal Mukhriz.

Maksud tersirat Mukhriz melalui posting tersebut adalah bagaimana kerajaan BN dan UMNO mencapai kejayaan jika penerima BR1M di negara Malaysia semakin meningkat? Ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat di negara ini hidup miskin.

Dengan mencela hanya orang miskin yang layak menerima BR1M… Itu seperti menghina mereka! Hina sangat ke orang yang terima BR1M ni?? Cuba korang fikirkan, kenapa penerima BR1M semakin ramai.. Salah satunya kerana pertumbuhan pekerja-pekerja baru lepasan graduasi.

Yela, pelajar lepasan graduasi yang baru dapat kerja pastinya gaji yang diperolehi mereka kurang dari RM2,500 ke bawah… Jadi memang dorang layak dapat BR1M. Ditambah pula anak muda yang baru membina rumah tangga… Pastinya dorang juga memohon BR1M.

Jika bilangan rakyat di negara Malaysia ini semakin meningkat, jadi tidak menjadi masalah dan anehnya jika pemohonan BR1M juga semakin meningkat. Jika dahulu pelajar hanya mendapat baucar buku… Apabila mereka tamat belajar… Pastinya dorang memohon BR1M. Tak gitu?

Jadi memang tak mustahil la bilangan pemohon BR1M akan bertambah saban tahun… Umur manusia semakin meningkat bukannya semakin menurun. Jadi itu yang melayakkan mereka untuk menerima BR1M. Lagi pula, itu memang hak mereka setelah golongan berpendapatan tinggi dan rendah dikenakan cukai…

Hasil cukai tersebut diberikan hanya kepada golongan kurang bernasib baik. Itu peranan golongan berpendapatan tinggi… Membantu mereka yang memerlukan dengan cara membayar cukai… Tapi dorang tak dapat BR1M. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s