MOU Pembangkang Terbukti Hanya Sandiwara Politik

Pertikaian berterusan yang berlaku antara pemimpin HARAPAN dan BERSATU sejak kebelakangan ini mengenai soal-soal seperti calon perdana menteri, pembahagian kerusi mahupun dasar seperti BR1M, membuktikan Perjanjian Persefahaman mereka sebelum ini hanyalah sandiwara. 

Pemimpin PKR, DAP, PAN dan BERSATU perlu menghormati kandungan Perjanjian Persefahaman (MOU) yang ditandatangani mereka pada 13 Disember lalu, sekali gus menggunakan saluran dalaman untuk menyuarakan segala pandangan yang membabitkan hubungan antara sesama mereka.

Apabila ramai daripada mereka memilih untuk bersuara secara terbuka dalam media massa dan mengabaikan saluran yang ditetapkan oleh perjanjian, maka ini akan merumitkan keadaan sekali gus menjadikan perjanjian yang telah mereka tandatangani itu sebagai tidak bermakna.

Pertikaian berterusan yang berlaku antara pemimpin Pakatan dan BERSATU sejak kebelakangan ini mengenai soal-soal seperti calon perdana menteri, pembahagian kerusi mahupun dasar seperti BR1M tidak syak lagi akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin, supaya PAN bergabung bersama PKR sepatutnya tidak ditimbulkan lagi setelah perjanjian persefahaman ditandatangani, jika mahu dibuat pun ia mestilah dibuat di dalam mesyuarat bersama.

Begitu juga kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, mengenai kesediaan PKR memberikan sebahagian kerusinya kepada BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang tidak perlu lagi disuarakan jika kandungan perjanjian dihormati.

Turut tidak perlu disuarakan adalah kenyataan terbuka Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, bahawa parti itu bercadang untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen pada PRU-14, termasuk kerusi yang di ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU-13.

Perjanjian tersebut jelas menyebut bahawa, PAN dan BERSATU akan meletakkan satu calon sahaja setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua-dua pihak berdasarkan prinsip keboleh-menangan (winnability).

Mekanisme untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya ini juga ada disebut di dalam perjanjian itu, iaitu melalui penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal bersama. Oleh itu, tidak berbangkit soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti lain.

Soal siapa yang akan menjadi calon perdana menteri juga tidak sepatutnya menjadi satu isu kerana ia belum boleh dibincangkan, selagi matlamat perjanjian untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya belum tercapai.

Keadaan akan menjadi lebih mudah jika semua pemimpin parti politik yang bergabung dalam Pakatan Harapan bersama BERSATU dapat mengikuti kandungan perjanjian yang mereka tandatangani, tetapi bila masing-masing mahu menunjuk hebat dan bercakap sesuka hati kepada media massa maka akan bercelarulah jadinya.

Oleh itu, pemimpin HARAPAN dan BERSATU sepatutnya belajar untuk mengunci mulut masing-masing mengenai hubungan antara mereka dan sebaliknya menyuarakan segala cadangan mereka di dalam mesyuarat dalaman bersama. Tetapi itulah yang berlaku, semuanya mahu menunjukkan ego dan kuasa masing-masing!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s