Mahfuz Desak Rakyat Tolak BN Untuk Membuktikan BR1M Bukan Rasuah

Dalam satu kenyataan media… Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendesak supaya rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Ini bagi membuktikan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) itu bukan rasuah.

Maknanya disini… Jika rakyat masih memilih BN dan UMNO sebagai kerajaan pentadbiran mereka dan parti tersebut menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada kali ini. Maka, Mahfuz jatuhkan hukum sah BR1M adalah rasuah.

Eshhhhh… Patut ke macam tu? Nak buktikan BR1M bukan rasuah punya pasal hingga sanggup suruh rakyat buktikan dengan tidak mengundi BN dan UMNO… Itu akan menjadikan BR1M sesuatu yang halal di matanya.

Rakyat memilih pentadbiran kerajaan melalui apa yang dinilai mereka… Bukannya melalui BR1M. Dalam masa yang sama, Mahfuz turut menuduh BN dan UMNO mahu menutup isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), MRT, dan sebagainya dengan cara memberi BR1M kepada rakyat.

Hahaha! Lawak pulak… Tak sedarkah Mahfuz, BR1M itu sebenarnya sudah diberikan kepada rakyat sejak semua skandal tersebut belum berlaku. Jadi alasan kononnya BR1M hanya sebagai satu cubaan untuk mengalihkan isu, ia hanyalah satu rekaan.

Tidak patut Mahfuz mengugut rakyat dengan cara sedemikian… Tindakan Mahfuz umpama menakut-nakutkan rakyat untuk menerima BR1M. Bantuan tersebut adalah hak rakyat berpendapatan rendah, jadi tidak wajar bagi pembangkang untuk menggertak mereka dengan mendakwa BR1M adalah rasuah dari kerajaan BN untuk meraih undi. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s