Guan Eng Buktikan DAP Tak Mampu Menghasilkan Pemimpin Yang Baik Untuk Rakyat

1c-copy

Jika sebelum ini hampir kesemua pemimpin-pemimpin DAP menuduh UMNO melahirkan pemimpin yang rosak dan perasuah, hari ini DAP terbukti lebih teruk keadaannya apabila Setiausaha Agungnya sendiri sedang dibicara di Mahkamah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Rakyat Malaysia masih ingat lagi bagaimana pemimpin-pemimpin DAP sibuk menyalak tentang Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang dikatakan mengkhianati rakyat Selangor apabila membeli rumah jauh lebih murah dari harga pasaran.

Tetapi kini mereka semua hilang suara apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang berfahaman DAP juga melakukan perkara yang sama. Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung DAP tersebut berani pula menipu rakyat di negeri ini, kononnya banglo mewah tersebut dijual dengan harga yang murah kerana tiada kolam renang.

Pemimpin-pemimpin DAP juga sebelum ini sibuk menghasut rakyat tentang projek-projek Kerajaan Persekutuan yang mereka sifatkan sebagai tidak telus dan juga merugikan rakyat keseluruhan. Apa saja pembangunan yang dibuat oleh kerajaan, mereka akan menuduh ianya sebagai merompak duit negara.

Dalam isu 1MDB yang mereka dakwa mempunyai hutang sebanyak RM43 Billion, biar sebanyak mana sekalipun penjelasan yang dibuat oleh kerajaan dan juga agensi-agensi yang berkaitan, semuanya sia-sia kerana DAP bukan mahukan penjelasan, sebaliknya mereka hanya mahu menjatuhkan kerajaan.

Kini DAP yang memerintah negeri Pulau Pinang sedang dalam perancangan untuk menjalankan satu projek mega mengenai Pelan Pengangkutan yang bernilai RM46 billion.. Awal-awal lagi projek yang lebih mahal dari 1MDB itu telah mengalami kerugian apabila kehilangan RM300 juta didalam kos juruperunding Terowong Dasar Laut.

Didalam soal pembangunan kehidupan sosial rakyat, pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini banyak mengkritik Kerajaan Persekutuan yang didakwa menyebabkan kes-kes jenayah berleluasa, serta kewujudan pusat-pusat maksiat serta premis-premis judi yang tidak terkawal didalam negara.

Namun selepas DAP memerintah di Pulau Pinang dan juga turut mentadbir Selangor bersama PKR, semua perkara yang mereka tuduh kerajaan Persekutuan lakukan, semakin teruk di negeri-negeri yang mereka tadbir. Arak.., judi.., dan juga pusat maksiat bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Pulau Pinang dan Selangor.

Rakyat Malaysia kini dapat menilai tentang dasar pentadbiran DAP serta rakan-rakan Pakatannya melalui cara dan dasar pentadbiran mereka di Pulau Pinang dan Selangor. Mereka yang selama ini hanya pandai menunding jari pada pihak lain, kini rupanya lebih teruk dari kerajaan pusat yang selama ini menjadi mangsa tohmahan mereka.

Hampir boleh dikatakan, tiada seorang pun dari kalangan pemimpin-pemimpin DAP yang boleh dikatakan layak menjadi Ketua yang baik. Walaupun Lim Guan Eng yang diimport oleh DAP dari Melaka untuk mentadbir Pulau Pinang dikatakan sangat hebat, rupanya hanya bertaraf sampah sahaja selepas dua penggal memegang jawatan Ketua Menteri.

Inikah sebuah kerajaan bayangan yang dikatakan mahu mentadbir Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke-14 nanti? Mereka bukan sahaja tak mampu menghasilkan pemimpin yang baik, tetapi mereka sebenarnya langsung tak mempunyai keupayaan untuk menilai individu yang boleh dijadikan pemimpin. Sebab itulah mereka rela berpeluk dengan sampah-sampah yang dibuang dari UMNO/BN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s