Enam Sekeluarga Maut Dikurung Perompak Didalam Bilik Air Yang Sempit

Indonesia – Enam sekeluarga ditemui maut setelah dikurung sehari semalam bersama lima lagi orang yang masih selamat, dalam sebuah bilik air kecil oleh perompak di rumah mereka.

Enam mangsa termasuk 2 kanak-kanak itu, dipercayai telah meninggal dunia akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen. Kejadian yang telah berlaku pada pagi Isnin lalu telah menggemparkan penduduk setempat.

Dikurung dalam bilik air seluas 1.5 X 1.5 meter seramai 11 orang. Hanya lima mangsa yang telah berjaya diselamatkan. Ketua Polis Siasatan Jenayah Jakarta Timur berkata, mangsa lain telah diselamatkan apabila menerima laporan mengenai kejadian itu pada sebelah pagi..

“Semuanya 11 orang dikurung perompak dalam bilik air yang kecil dan pintu bilik air itu dikunci dari luar sejak Isnin.”

Laporan polis itu di buat oleh salah seorang saudara mangsa bernama Shiela Putri, yang kebetulan mengunjungi rumah itu pada pukul 10 pagi hari kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Dodi Triono, 59, 2 anak perempuannya, 2 pemandu dan seorang lelaki dipercayai anak kepada seorang rakan Dodi.

Lima lagi mangsa yang masih hidup telah dikejarkan ke hospital berdekatan kerana masih dalam keadaan lemah dan mengalami luka melecet kerana terpaksa berhimpit-himpit.

Kejadian rompakan kejam yang dilakukan ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Polis juga masih lagi mengumpul beberapa bahan bukti untuk menjejaki perompak yang bertanggungjawab.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s