DS Najib Razak Rakam Ucapan Takziah Untuk Keluarga SM Salim

Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri SM Salim, 88, yang meninggal dunia, petang tadi.

Ucapan takziah itu disampaikan Perdana Menteri menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter beliau pada jam 8.21 malam tadi.

“Salam takziah kpd keluarga TS SM Salim. Allahyarham byk sumbang jasa dlm bidang seni & warisan Melayu. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya.

SM Salim meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana, di sini, pada jam 5.44 petang tadi akibat sakit tua.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.

SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros dilaporkan tenat sejak semalam hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s