Azmin Ali Tak Jaga Kebajikan Pemain Bola Sepak Selangor

Razman Mohd Roslan merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai pemain pertahanan bagi pasukan negeri Selangor… Beliau ada mengadu di laman sosial Instagram, dengan menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk membayar gaji pemain dan pegawai bagi bulan November.

Kesal dengan kegagalan Kerajaan Negeri Selangor yang kini berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali untuk melangsaikan tunggakan gaji serta bonus pemain. Razman bertindak mengadukan perkara tersebut kepada Tuanku Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dengan penuh rasa rendah diri, Razman sangat berharap agar Tuanku Amir Shah dapat mengarahkan Kerajaan Negeri Selangor untuk membayar tunggakan gaji serta bonus bagi bulan November. Kalau korang nak tahu, bukan pemain je yang tidak dibayar gaji tetapi pegawai pasukan juga tidak dibayar.

Jelas Razman, gaji bagi bulan September dan Oktober telah dibayar terus oleh Kerajaan Negeri Selangor… Itu pun dua hari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia. Iyela, japgi kalau dorang tak bayar gaji pemain tak mahu bermain pulak.

Jadi oleh kerana pasukan Selangor berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia… Mahu atau tidak, Kerajaan Negeri Selangor perlu melangsaikan gaji mereka. Bagi bulan November pula, tiba-tiba gaji mereka tidak dibayar.

Adakah kerana tiada perlawanan, jadi Kerajaan Negeri Selangor pun tak mahu bayar gaji dan bonus yang sepatutnya menjadi hak milik pemain?? Nampak sangat yang Azmin ni langsung tak jaga kebajikan pemain Selangor. Bila nak pakai masa perlawanan je, dorang bayar gaji… Bila takde perlawanan, dorang buat senyap dan tak bayar gaji.

Apa semua ini?? Tindakan Azmin ini merupakan satu penganiayaan besar bagi pemain bola sepak Selangor. Mentang-mentang Selangor kalah pada perlawanan Piala Malaysia yang lalu… Terus Azmin buat senyap tak bayar gaji dan bonus. Kalau menang bukan main laju lagi dorang bayar. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s