Ayda Jebat Dah Muak Berlakon Drama Dari Adaptasi Novel

U’olls pun tahu kan sekarang ni semakin banyak lambakan drama adaptasi yang ditayangkan di kaca televisyen.. Miss dah naik muak tengok drama-drama macam tu! Lepas satu, satu ditayangkan.. Walaupun sesetengah tu jalan ceritanya boleh diterima, tapi kebanyakkannya memang sampah lah..

Kebiasaannya penonton yang akan bersuara dan mengkritik drama macam tu.. Tapi kali ni pelakon sendiri yang bersuara u’olls.. Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular Ayda Jebat ni kan.. Ayda pun dah beberapa kali berlakon dalam drama-drama yang diadaptasi dari novel seperti ‘Rindu Awak 200%’, ‘MAID’ dan banyak lagi..

Miss dengar Ayda pun mengatakan drama-drama macam tu dah ‘overrated’ dan berharap agar penerbit dan penulis skrip, cukup-cukup lah menghasilkan drama yang di adaptasikan dari novel.. Ayda mengharap penulis skrip dan penerbit dapat menghasilkan karya atas ilham sendiri..

Miss setuju dengan Ayda! Yela, sampai bila nak buat drama-drama yang di adaptasi dari novel jer kan.. Lambakan drama macam tu menampakkan industri filem dan drama kini ketandusan idea sangat.. Betul tak?? Macam lah tak boleh fikir idea yang lebih menarik sikit untuk nak buat drama..

Ini tidak, bila lambakan drama-drama adaptasi macam ni menampakan kualiti drama sekarang sangat kurang.. Dah lah kebanyakkan jalan ceritanya lebih kurang sama dan tak mendatangkan faedah.. Haishh! Miss harap tahun baru ni, drama macam ni akan semakin berkurangan lah ek.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s