Wanita MCA Kecam Guan Eng Kerana Terlalu Angkuh

Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie dalam satu kenyataannya mengecam tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan sering menyalahi pihak lain setiap kali isu yang melibatkan dirinya.

Bukan itu sahaja, Seai Kie turut menggesa Guan Eng menghentikan sikap suka menunjuk-nunjuk, angkuh dan tidak menghormati media tempatan. Guan Eng perlu belajar cara untuk beradab sopan terhadap media tempatan, bukannya melayan sesuka hati dan membuat tuduhan kononnya media tempatan tidak memberi liputan yang mencukupi.

Tuduhan Guan Eng terhadap Sin Chew Daily disifatkan sebagai ironis… Tindakan pembantu Guan Eng yang membuat aduan terhadap beberapa edisi liputan media tersebut, menunjukkan bahawa mereka tidak boleh menerima kritikan. Malah mereka juga memberi pandangan yang tidak munasabah dan tidak berasas terhadap liputan tersebut.

Mungkin Guan Eng cuma mahu semua akhbar Cina memaparkan mengenai ‘kejayaan-kejayaan’ yang dikecapi DAP Pulau Pinang sahaja. Semua keburukan dan salah laku yang dicipta pemimpin mereka harus disembunyikan, macam tu?? 

Ohhhh, patut la banyak media berbahasa Cina  asyik siarkan kejayaan Pakatan Rakyat dan DAP pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 yang lalu… Rupanya ini cara Guan Eng mempromosikan diri mereka. Sepatutnya Guan Eng tahu membezakan antara maruah dan keangkuhan. 

Peranan media adalah untuk melaporkan berita terkini dan isu-isu semasa… Bukannya keluarkan cerita mengenai personaliti atau ikon… Puji orang sana sini dengan tujuan mahu meraih kebanggaan. Senang cerita, Guan Eng perlu belajar tentang media dan media harus diberikan kebebasan, etika dan profesionalisme.

Mungkin Guan Eng ni memang angkuh sejak azali lagi… Keangkuhan yang dimilikinya tu memang semula jadi. Bahkan Guan Eng mengambil kesempatan diatas rasa rendah diri di kalangan masyarakat Cina. Ketidak matangan menjadikannya tidak layak untuk menjadi pemimpin sebenar masyarakat Cina Malaysia atau rakyat Malaysia yang berbilang kaum. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s