Wanita Mati Dibunuh Dan Dilarutkan Kedalam Asid Kerana Enggan Lakukan Seks

Mexico City – Seorang wanita telah dibunuh oleh lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi bertemu jodoh ‘Tinder’ kerana menolak ajakan lelaki itu untuk berasmara dengannya..

Emmanuel Delani Valdez Bocanegra, 26, disyaki membunuh wanita tersebut selepas pihak polis menemui beberapa beg sampah yang mengandungi tulang manusia di balkoni apartmennya. Wanita yang dikenali sebagai Francia Ruth Ibarra, 26, telah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 3 Disember yang lalu.. Ahli keluarga dan rakan yang bimbang selepas Francia gagal pulang ke rumah beberapa hari, telah membuat laporan polis.

Hasil siasatan polis mendapati kali terakhir Francia dilihat keluar dari rumahnya untuk ke pusat bahasa di Universiti Guanajuato.

Menurut maklumat dari rakan kelasnya, mereka menjejak media sosial Francia dan mendapati dia menemui Bocanegra yang juga bekas pelajar universiti berkenaan.

Pasangan ini mula berkenalan melalui laman sosial ‘Tinder’ beberapa bulan lalu dan bertemu beberapa kali sebelum Francia hilang. Pihak polis mendedahkan kes bunuh ini berlaku kerana Bocanegra berang selepas Francia menolak untuk melakukan hubungan seks dengannya… Disebabkan itu, Bocanegra telah membunuh Francia dan menggunakan asid untuk menghancurkan mayat itu.

Polis menemui beg berisi tulang di dalam bekas mengandungi soda kaustik serta asid hidroklorik, manakala enam kilogram daging manusia yang masih melekat pada tulang memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti mayat tersebut menggunakan ujian DNA.

Bocanegra telah berjaya dikesan oleh pihak berkuasa sedang berada di Mexico City. Tindakan pantas pihak berkuasa juga telah berjaya menangkap lelaki itu dari terus bebas mencari mangsa baru.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s