Wanita Berang Apabila Dilayan Seperti Binatang Oleh Pihak Hospital

Kuala Lumpur – Seorang wanita didakwa telah ‘diseksa’ dan dilayan seperti binatang apabila dimasukkan ke wad gila, sedangkan dirinya tak pernah mempunyai masalah mental.

Seorang wanita telah memuat naik status dilaman sosial dan status itu telah diviralkan oleh pengguna Facebook. Wanita itu mendedahkan beliau dibawa oleh abangnya ke hospital berkenaan untuk mendapat rawatan kecemasan kerana pengsan akibat pengambilan ubat yang berlebihan dari dos yang sepatutnya.

Tapi pihak hospital menganggap wanita itu telah melakukan cubaan membunuh diri dengan mengambil ubat berlebihan dos. Malah wanita itu juga tidak dibenarkan untuk ke tandas.

Kaki dan tangan wanita ini juga turut diikat di katil, tidak cukup dengan itu wanita ini juga dicubit dan dilemparkan dengan kata-kata kesat serta mukanya diserkup dengan selimut.

“Saya dilayan seperti binatang, tak diberi makan, minum, malah nak pergi ke tandas pun tak boleh.

“Abang saya bawa ke ’emergency’ sebab saya pengsan, terlebih ambil ubat dari dos sepatutnya. Abang saya meminta untuk masukkan air sahaja sebab saya lemah. Tetapi hospital itu masukkan saya di wad gila.” katanya.

Abang mangsa telah memaklumkan perkara ini pada doktor sebelum wanita dihantar ke wad biasa. Doktor meminta maaf dan minta untuk bersabar kerana pihak hospital telah tersalah masukkan wanita itu di wad tersebut.

Wanita dan keluarganya itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital kerana kecuaian sehingga menyebabkan wanita itu menerima layanan yang teruk. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s