Wan Azizah Tetap Mahu Anwar Jadi Perdana Menteri Malaysia

Belum reda lagi nampaknya kemelut untuk memilih calon yang paling sesuai menjadi Perdana Menteri, jika ditakdirkan Pakatan Harapan mampu menewaskan Barisan Nasional di Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.

Hasil tinjauan mendapati, antara calon yang paling diperkatakan paling layak bagi jawatan tersebut ketika ini oleh penyokong serta ahli-ahli parti yang bernaung dibawah Pakatan Harapan ialah Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan juga Mohammad Sabu..

Bagaimanapun, dikatakan sudah wujud usaha-usaha terancang dari dalaman Pakatan Harapan sendiri yang cuba mensabotaj nama Anwar Ibrahim, untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar dikatakan sudah tidak relevan untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau sudah terlalu tua dan harus memberi laluan kepada ramai lagi pemimpin muda didalam Pakatan seperti Guan Eng dan Mukhriz.

Tetapi didalam kem Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar dilihat sebagai satu-satunya individu yang mampu mengetuai negara sebagai Perdana Menteri. Ini disuarakan oleh Presiden PKR sendiri melalui kenyataannya kepada media.

Menurut Wan Azizah, beliau tetap mahukan suaminya menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjara bertahun-tahun. Sambil menyamakan Anwar dengan Mandela, Wan Azizah berkata hanya Anwar calon yang paling layak untuk jawatan tersebut.

Tetapi rakyat harus sedar bahawa Anwar sangat berbeza dengan Nelson Mandela, jika dilihat dari sudut perjuangan serta punca dikenakan hukuman penjara. Mungkin Wan Azizah malu untuk menyatakan bahawa suaminya dipenjarakan kerana kesalahan meliwat berbanding Mandela yang berjuang untuk rakyat.

Anwar sebenarnya langsung tidak layak untuk disamakan dengan mana-mana pemimpin dunia sekalipun. Kesalahan liwat serta salahguna kuasa yang dilakukannya, sangat jauh tersasar untuk menjadikan dirinya sebagai pejuang rakyat.

Oleh itu, Wan Azizah perlu berhenti bermimpi untuk mengangkat seorang pendosa agama sebagai ketua didalam negara yang menjadikan Islam sebagai asas kehidupan. Wan Azizah sepatutnya insaf dan redha dikurniakan suami yang memilih jalan terlarang sebagai gaya hidup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s