Tiada Bai’ah Suruh Undi BN Jika Terima BR1M

Tiada langsung dalam bai’ah menuntut supaya setiap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) harus membuang undi kepada Barisan Nasional (BN). Tidak jatuh berdosa bagi penerima BR1M jika mereka tidak mengundi BN. BR1M bukannya dikhaskan kepada pengundi BN sahaja.

Oleh itu, isu kononnya BR1M adalah rasuah yang diberikan oleh BN kepada rakyat bagi mereka meraih undi pada pilihan raya umum kelak adalah tuduhan yang tidak munasabah. 

Habis kalau BR1M adalah rasuah… Bagaimana pula dengan  skim insurans dan bantuan untuk anak masuk universiti yang diamalkan kerajaan Selangor serta Kelantan? Tidakkah itu sepatutnya dipanggil sebagai rasuah jugak?

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata bantuan yang diberikan oleh Kelantan dan Selangor itu kedua-duanya diperintah oleh kerjaaan pembangkang. Jadi dalam konteks tersebut, jika pembangkang menuduh BR1M adalah rasuah.

Maka bantuan yang mereka salurkan itu juga adalah rasuah kerana memberi bantuan kewangan kepada rakyat mereka. kedangkalan pemimpin pembangkang dalam membuat penilaian berhubung bantuan yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat itu amat mendukacitakan.

Susah untuk menerima apabila pemimpin yang suatu ketika dahulu cukup hebat, tiba-tiba apabila tidak sebulu dengan kerajaan, tidak tahu membezakan rasuah dan bantuan kerajaan. Terus jatuh hukum berdosa kerana ambil rasuah BR1M.

Salah ke kalau kerajaan nak menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat?? Atau sebenarnya pembangkang ni dengki dan iri hati dengan keprihatinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kepada rakyat.

Yela, pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu mana ada  bantuan secara langsung disalurkan kepada rakyat, tapi pada zaman Najib hasil negara dikongsi bersama rakyat. 

Sebab tu Mahathir tuduh BR1M adalah rasuah, dia cemburu sebenarnya. Tujuan beliau menuduh BR1M sebagai rasuah adalah bagi mengelirukan rakyat. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s