Terdesak!! Wan Azizah Tetap Mahu Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Malaysia

Eshhhh…. Eshhhh… Eshhhhh!! Betul-betul terdesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ni yer! Punya la nak tengok suaminya bekas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tercapai cita-cita nak jadi perdana menteri.

Wan Azizah mendakwa dirinya sanggup buat apa sahaja, walaupun dah gagal dalam rayuan kedua sabitan kes liwatnya. Mungkin selepas ini Wan Azizah akan menggunakan cara lain bagi membolehkan juga Anwar menjadi perdana menteri. Eshhhh, terdesak sangat tu!

Menurut Wan Azizah, dirinya dan Pakatan Harapan tidak akan pernah berputus asa untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri… Jangan sesekali katakan tidak, ujarnya. Haishhh…. Tak faham betul, kenapa la dorang beriya-iya sangat nak jadikan peliwat tu sebagai perdana menteri?

Kenapa dorang hingga sekarang masih lagi tak boleh terima hakikat yang Anwar tidak akan menjadi perdana menteri. Walaupun selepas pilihan raya umum akan datang… Kerana tidak lama lagi gabungan pembangkang bakal berbincang mengenai calon perdana menteri.

Tak kan la Anwar nak jadi macam mendiang Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara?? Sanggup ke Anwar meringkuk dalam penjara dan menghitung hari untuk dibebaskan bagi menjadi perdana menteri?

Malah sanggupkah Wan Azizah diperalatkan oleh suami sendiri untuk dijadikan sebagai perdana menteri sementara bagi menyimpan kerusi perdana menteri tu untuk dirinya? Korang ingat kalau benar pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

Senang-senang je ke Anwar akan ganti tempat Wan Azizah sebagai perdana menteri bila dah keluar nanti?? Takdenya! Semua yang dilakukan pembangkang ni hanya merumitkan keadaan. Kenapa tak pilih je calon yang betul-betul layak selain Anwar, apa yang ‘best’ sangat dengan Anwar tu, sampai dorang terdesak sangat nak jadikan dia perdana menteri?? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s