Pemimpin Parti Bunga Jangan Jadi ‘Pelakon Drama Melayu’

Dalam dunia politik ni… Rakyat bukan nak tengok drama Melayu petang-petang tau! Rakyat cuma mahukan pemimpin yang menjaga dan ambil berat mengenai kebajikan mereka. Rakyat tidak kisah mengenai isu kontroversi yang dicetuskan sendiri pemimpin politik.

Oleh itu, pemimpin akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dinasihatkan tidak mencetuskan adegan-adegan tidak penting seperti dalam drama Melayu. Seharusnya mereka memfokuskan kepada isu sebenar yang berlaku bukannya isu melodrama.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail berkata, tugas berat apa yang dipikul pemimpin PPBM sehingga lakonan mereka mampu mengatasi melodrama Melayu yang bermain sekarang?

Sepatutnya akar umbi parti bunga itu memberi tumpuan terhadap rakyat dan juga harus menjadi sebuah pasukan yang mantap dan bersatu. Bukannya menjadi pelakon tambahan dalam episod buruk melodrama Melayu.

Untuk apa berlakon di hadapan rakyat kononnya memperjuangkan nasib negara dan rakyat, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, masa depan anak serta generasi akan datang… Jika hakikatnya tiada hasil dan hanya sia-sia.

Kalau korang lihat sekarang… Banyak sangat ahli dalam parti bunga sedang asyik berlakon! Macam-macam karenah yang korang boleh lihat sehingga ia terbawa-bawa ke dalam parti. Ada yang menggatal sehingga ‘kegatalan’ mereka terbongkar dan diheret hingga ke dalam parti.

Seperti situasi yang berlaku kepada Anina Saadudin, apabila dirinya terbabit dalam skandal mesej seks sehingga tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti itu, minggu lalu. Satu “screenshots” dikatakan perbualan manja Anina menerusi Whatsapp dengan seorang lelaki yang tidak diketahui namanya telah tersebar di Internet.

Lepas tu mula la adegan lakonan sedih kononnya dianiayai… Difitnah dan sebagainya! Paling kesian bila kena pecat gara-gara tersebarnya skandal seks tersebut… Timbul pula rasa tidak puas hati dikalangan mereka, Aduhaiiii… Banyak betul drama dalam parti bunga ni. – TiraGomez/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s