Pelajar Sekolah Digunakan Sebagai ‘Ejen’ Untuk Mengedar Dadah!!

Alor Setar – Sindiket dadah zaman sekarang dah berubah arah dengan menjadi kan golongan muda yang masih bersekolah sebagai ‘ejen’ mereka.. Pelajar sekolah ini dijadikan sebagai ‘ejen’ untuk mengedar dadah seperti pil ecstacy dan syabu pada rakan-rakan mereka.

‘Trend’ ini dapat dihidu oleh pihak Penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan Kedah, sindiket ini memilih pelajar sekolah sebagai ‘ejen’ mereka kerana pelajar sekolah ini tidak terikat dengan hukuman berat jika ditangkap pihak penguatkuasa.

Pelajar sekolah yang terlibat biasanya berumur diantara 12 tahun dan 18 tahun.. Mereka menjadi pilihan sindiket kerana golongan muda seperti ini dilihat mudah untuk dipengaruhi kerana tidak berfikir panjang berbanding orang dewasa. Orang dewasa juga akan menerima hukuman yang lebih berat sekiranya disabitkan kesalahan berbanding golongan muda bawah umur.

“Kita tidak menafikan golongan muda ini dipergunakan oleh pengedar dadah, mungkin juga disebabkan faktor kemiskinan kerana melalui kegiatan ini mereka mampu memperoleh antara RM50 dan RM100 sehari,” katanya.

Statistik yang dipelorehi hasil pemeriksaan pada 344 pelejar negeri ini, hampir 80 peratus daripada mereka disahkan positif dadah jenis syabu dan statistik itu dijangka akan terus meningkat dan ianya cukup membimbangkan.

Ibu bapa diminta untuk sentiasa memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan gelaja tidak baik ini, dan adalah lebih baik jika ibu bapa menyiasat siapa kawan anak-anak mereka.

Ibu bapa adalah individu penting yang dapat mencegah anak-anak dari terjebak dengan gejala dadah. Program memerangi dadah habis-habisan bagi tahun 2017 sudah mula dijalankan di beberapa kawasan di sana. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s