Pasangan Kekasih Guna Alasan ‘Tolong Basuh Baju’ Bila Kantoi Berkhalwat

Johor Bharu – Salah seorang lelaki yang berusia 28 tahun antara lima pasangan yang dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor.. Pasangan kekasih ini telah ditangkap khalwat semasa serbuan berasingan dilakukan dihotel bajet sekitar Taman Johor Jaya malam semalam.

Ketika ditahan, lelaki itu mendakwa telah masuk ke dalam bilik hotel kekasihnya kerana ingin membantu meringankan beban kekasihnya untuk membasuh baju.

Simpati dengan nasib kekasihnya yang sedang menjalani praktikal sebagai seorang pekerja spa di salah sebuah hotel di pusat Bandar. Lelaki ini telah menawarkan khidmat membasuh baju bersama kekasihnya dalam bilik hotel.

“Saya membantu teman wanita membasuh bajunya dan dia berasal dari Sarawak dan tiada saudara mara di sini,” katanya.

Sementara itu, pihak penguatkuasa agama Islam Johor berkata operasi ini dijalankan untuk membanteras aktiviti tidak bermoral dalam kalangan orang Islam.. Hasil serbuan yang di jalankan pihak berkuasa terdapat banyak pasangan kekasih yang beragama Islam telah berjaya ditangkap.

Lebih mengejutkan terdapat juga pasangan yang ditangkap khalwat terdiri dari isteri dan juga suami orang.. Masing-masing ditangkap khalwat dengan pasangan kekasih mereka.

Pasangan kekasih yang telah ditangkap khalwat akan dihukum denda RM 3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun jika mereka didapati bersalah.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s