PAS Dakwa PAN Tak Amanah, Curi Kerusi PKR

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini mendakwa parti serpihan mereka, iaitu Parti Amanah Negara (PAN) tidak lagi amanah. Ini kerana parti serpihan PAS itu sudah mula tunjuk belang, apabila mahu mencuri kerusi rakan gabungan mereka sendiri dalam Pakatan Harapan.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata, tindakan yang dilakukan PAN tersebut membuktikan bahawa apa yang diperkatakan mereka mengenai ‘amanah’ adalah tidak benar. Kenapa mereka harus mencuri kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedangkan mereka adalah sekutu?

Jika PAN menghormati PKR dan Pakatan Harapan… Pastinya parti serpihan itu tidak akan mencuri kerusi PKR. Dalam satu kenyataan PAN semalam… Mereka mendedahkan akan bertanding di 40 kerusi milik PAS dan termasuk PKR. Sebelum ni dorang cakap nak bertanding di kerusi PAS je… Tapi kali ni sekali PKR beb!

Nampak tak perangai sebenar PAN macam mana? Parti serpihan itu bersama Pakatan Harapan… Tetapi boleh pulak dorang nak curi kerusi PKR! Umpama musang berbulu kucing. Perlakuan PAN tersebut telah membuktikan apa yang diberitahu PAS sebelum ini adalah benar.

Kerana itu mereka tidak layak dipanggil ‘Amanah’. Dok dalam Pakatan Harapan pun, masih boleh mencuri kerusi PKR.., jadi apa lagi yang korang jangkakan? Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum depan.

Alasan yang dorang bagi setelah mahu mencuri kerusi PKR… Kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini. Senang je kan dorang cakap, alasan mencuri yang paling bernas sekali. Tapi betul la, kalau PAN tak mencuri macam mana parti dorang nak hidup. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s