Mukhriz Dakwa Ada Pengkhianat Cuba Hancurkan Bersatu

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan bangga sekali mendakwa parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir tersebut bakal menggantikan parti melayu terbesar di Malaysia, iaitu UMNO.

Mereka juga mendabik dada mengatakan bahawa parti berkenaan lebih baik dan mempunyai pemimpin-pemimpin yang jauh lebih bijak dari UMNO, kerana UMNO yang sekarang ini disifatkan sebagai sudah penuh dengan pengkhianatan kepada rakyat.

Jika dinilai dari kenyataan-kenyataan tersebut, mungkin rakyat akan sedikit terpedaya memandangkan jasa-jasa Tun Mahathir yang mengetuai pemerintahan negara selama 22 tahun. Namun realiti sebenarnya, muncul tak sampai pun setahun parti Bersatu ditubuhkan.

Perebutan kuasa, skandal yang menjijikkan serta masalah kronisme mula membelenggu parti tersebut, yang membuatkan Mahathir semakin tak nyenyak tidur malam. Rakyat pula semakin cuak dengan apa yang berlaku didalam parti berkenaan.

Adakah parti yang penuh dengan segala caca marba sebegitu mampu diamanahkan untuk menjaga sebahagian besar kebajikan orang melayu didalam negara? Jika jawatan dalam parti pun tidak mampu dimuafakatkan dengan ikhlas, mampukah mereka menjadi pemimpin yang baik?

Semalam Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir mendakwa ada pihak dalam parti berkenaan yang cuba menimbulkan huru-hara didalam parti. Mereka dikatakan cuba melaga-lagakan Presiden dan juga Timbalan Presiden semata-mata mahu merosakkan parti tersebut.

Mukhriz merujuk pada sebuah poster yang disebarkan dikalangan ahli serta penyokong Bersatu yang menunjukkan seolah-olah beliau sedang mengejar jawatan Presiden Parti yang kini dipegang oleh Muhyiddin Yassin.

Anehnya, poster tersebut tersebar didalam kumpulan-kumpulan laman sembang yang dianggotai oleh ahli-ahli Bersatu sahaja. Mungkin diatas sebab berkenaan, ianya dipercayai dilakukan oleh orang dalam parti sendiri yang mahukan Muhyiddin disingkirkan.

Kita tidak perlu hairan dengan masalah perebutan kuasa serta jawatan yang berlaku didalam Bersatu itu. Jika Ketua Srikandi mereka sendiri pun dipecat begitu saja dengan alasan mempunyai skandal seks, inikan pula Presiden parti yang dilaporkan mempunyai hubungan terlarang dengan isteri orang.

Inikah parti yang Mahathir dakwa lebih baik dari UMNO dan bakal menjadi tunggak kepada orang melayu di seluruh negara? Jika inilah pemimpin-pemimpin yang dikatakan lebih baik tersebut, Mahathir bukan sahaja nyanyuk, tetapi mungkin sudah hilang akal!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s