Mufti Perak Nasihatkan Mahathir Supaya Banyak Beribadah

Entah dah kali ke berapa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan supaya berubah, kembali ke pangkal jalan dan memperbanyakkan beribadah kepada Maha Pencipta. Pada usianya yang sudah nazak itu… Elok kalau Mahathir kembali ke tikar sejadah je.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Mahathir agar tidak mengeluarkan kenyataan dan hukum hakam yang pelik mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ini termasuklah memfitnah dengan mendakwa BR1M adalah rasuah.

Disebabkan itu Harussani mencadangkan sebaiknya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memanfaatkan sisa-sisa hidupnya dengan melakukan amal soleh, memperbaiki diri dan meningkatkan amalan seharian.

Pelik sungguh dengan Mahathir ni… Sikap beliau sangat lain dengan orang-orang yang seusia dengannya. Sepatutnya pada usia sebegini Mahathir memperbanyakkan amalan… Tapi sebaliknya pula berlaku, apabila dia sibuk dok mencari jalan untuk menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan.

Tak payah la nak cari salah orang lain… Mufti Perak itu menggesa agar Mahathir menghentikan usaha untuk terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tidak perlu keluarkan tuduhan tidak berasas dan memburukkan segala usaha kerajaan.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana dia bukannya orang alim ulama. Entah-entah Mahathir sendiri tidak faham benar mengenai takrif rasuah, ujar Harussani.

Jelas tindakan Mahathir itu sengaja mahu menimbulkan kebencian rakyat… Padahal dia sendiri tahu yang bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s