Kerana Skandal Bini Orang, Muhyiddin Kini Jadi Buruan Majlis Agama

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dilaporkan akan meneliti ‘bukti’ berkaitan dakwaan skandal seks bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pihak MAIJ juga akan memperhalusi dan meneliti semua dokumen bukti laporan untuk tindakan selanjutnya berdasarkan laporan yang telah dikemukakan.

Dakwaan sama juga telah dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) pada 16 November lalu untuk tindakan lanjut oleh sebuah NGO didalam negara. Bagaimanapun, belum ada sebarang jawapan daripada pihak JAWI.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata kes itu membabitkan akuan bersumpah (SD) bekas timbalan pendakwa raya, Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee.

Stanley dan isterinya membubarkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, September lalu dan pengakuan bersumpah yang dilakukan Stanley diserahkan pada pihak JAWI untuk membuat siasatan berkaitan isu yang dilakukan Muhyiddin.

“Pengakuan sumpah ini bukan lama. Ia pengakuan sumpah yang terbaru, yang dibuat pada Disember 2015.

“Dan dalam pengakuan itu juga menyebut dia (Nika) mempunyai hubungan seks dengan Tan Sri Muhyiddin dan bertemu setiap dua minggu serta ada unsur bayaran sebanyak RM5,000 dan naik kepada RM20,000 serta melibatkan beberapa projek kepada Nika

Muhyiddin pada 1 September lalu berkata, dakwaan kecurangannya dengan isteri orang itu membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu bergantung kepada “cerita seks” untuk mempertahankan perdana menteri.

Muhyiddin juga berkata pendukung Najib bankrap idea dengan membawa cerita seks “yang biasanya mereka yang berpemikiran seumpama itu mampu lakukan.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s