Kenapa Rafizi Benci Sangat Pada Projek MRT??

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya memberi pantauan yang lebih kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Bukan apa, Gomez pun hairan kenapa Rafizi ni tak puas hati sangat dengan projek Transit Aliran Massa (MRT)??

Apa salah projek MRT tu terhadap Rafizi?? Rasa Gomez, takde salahnya pun.. Sebaliknya projek tersebut memberi kebaikan dan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada rakyat yang memerlukannya.

Oleh itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Wan Azizah agar memberi amaran kepada Rafizi supaya berhenti memfitnah projek MRT. Sepatutnya Rafizi memberi fokus terhadap usaha menangani masalah air di Selangor dan bukannya memburuk-burukkan projek MRT.

Fitnah terbaru yang dilakukan Rafizi, apabila beliau menuduh kos projek MRT menggunakan dua kali ganda kos MRT yang dibina di luar nagara. Jelas Rafizi sengaja menyebarkan fitnah dan menyerang projek MRT tanpa henti dengan niat mahu membuatkan rakyat membenci projek MRT yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN).

Kenapa nak benci, sedangkan ia dibina untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan pencapaian penting bagi rakyat dan negara. Disamping itu, Ismail mendakwa tindakan Wan Azizah yang kini dipilih pembangkang sebagai perdana menteri interim Pakatan Harapan, membiarkan Rafizi terus memburukkan projek MRT dilihat sebagai propaganda politik pembangkang.

Nampak seperti Rafizi ditugaskan menghina projek MRT! Oleh itu Ismail menyoal Wan Azizah mengenai pendiriannya terhadap tindakan berterusan Rafizi yang memburukkan-burukkan projek MRT.

Ismail mencabar Wan Azizah untuk memberikan penjelasan… Malah Wan Azizah diberi tempoh tiga hari untuk menyatakan pendiriannya. Jika dia gagal, maka perdana menteri sementara yang akan dilantik pembangkang itu sekadar satu bayangan dan lakonan tentang siapa sebenarnya yang memimpin pakatan pembangkang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s