Jamal Tuntut Penjelasan MDSB Mengenai Isu Roboh Resort Miliknya

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tampil ke Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam bagi menuntut penjelasan berhubung tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang bertindak merobohkan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort miliknya.

Jamal juga mahukan penjelasan lengkap berhubung status-status tanah yang diragui di sekitar daerah tersebut. Jamal yang dikenali melalui kepimpinannya dalam Baju Merah itu, tiba kira-kira jam 10.30 pagi tadi bersama beberapa penyokongnya.

Dalam pada itu, Ketua UMNO bahagian Sungai Besar itu turut mendakwa bahawa terdapat beberapa tapak tanah yang diduduki dan dibangunkan tanpa kebenaran dan lesen yang sah. Namun, mengapa kerajaan Selangor yang berada di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masih berdiam diri.

Sebaliknya hanya resort beliau sahaja yang dirobohkan, atas alasan tidak mempunyai lesen yang sah. Beberapa hari lalu, MDSB telah menghantar notis perintah tutup resort milik Jamal di Sekinchan pada sebelah pagi… Dan bertindak merobohkannya pada sebelah petang.

Alasan yang diberikan mereka hanyalah Jamal menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa. Sudah bertahun-tahun hotel tersebut beroperasi, kenapa baru sekarang nak ambil tindakan?? Adakah kerana setelah Jamal buat kacau di hadapan pejabat menteri besar?

Jamal menjelaskan perobohan itu dibuat atas arahan Menteri Besar Selangor, ini menunjukkan bahawa Azmin sebenarnya mahu membalas dendam setelah dimalukan Jamal.

Jelas Jamal tidak berpuas hati dengan isi kandungan notis yang menyebut pemeriksaan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081, 13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan. Disebabkan itu dia menyerbu pejabat daerah bagi mendapatkan penjelasan yang kukuh. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s