DAP Halang Pendaftaran BR1M Di Bagan Dalam

Walaupun Mahathir sebelum ini mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat adalah rasuah, namun masih ramai dikalangan penyokong pembangkang sendiri berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan tersebut di seluruh negara.

Di Pulau Pinang, bukan sahaja penyokong pembangkang yang cuba mengambil kesempatan diatas keprihatinan kerajaan melalui bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah tersebut, malangnya pemimpin pembangkang sendiri cuba ‘mencuri kredit’ dari usaha murni kepimpinan negara itu.

Semalam dilaporkan, pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh MIC Dun N9 Bagan Dalam yang sepatutnya diadakan didalam Dewan Orang Ramai di kawasan Taman Mewah, terpaksa diadakan di tepi jalan kerana dihalang oleh pemimpin DAP dikawasan berkenaan..

Hasil maklumat mendapati bahawa, pemimpin DAP kawasan tersebut bertegas mengatakan bahawa hanya parti DAP sahaja yang boleh menjalankan pendaftaran BR1M di kawasan tersebut kerana ia dibawah pentadbiran Ketua Menteri P.Pinang.

Untuk mengelakkan kekecohan berlaku di kedua-dua belah pihak, wakil MIC dan kumpulan sukarelanya terpaksa membuka kaunter pendaftaran BR1M di pinggir jalan dan ianya ternyata mendapat sambutan yang hangat dari penduduk kawasan sekitar..

Di seluruh negara, pihak pembangkang secara terbuka mengambil kesempatan membuka meja pendaftaran BR1M sambil melakukan pendaftaran pengundi untuk parti mereka tanpa rasa malu. Namun tiada sebarang provokasi ataupun kekecohan yang dilakukan oleh parti Barisan Nasional.

Tetapi di P.Pinang, ia berlaku sebaliknya kerana mereka seolah-olah terancam dengan kehadiran parti komponen BN dikawasan mereka sendiri. Padahal jika benarlah pembangkang mahukan yang terbaik untuk rakyat, mengapakah usaha kebaikan untuk rakyat tersebut dihalang?

Inilah sikap hipokrit DAP serta parti pembangkang yang cuba memanipulasi bantuan kerajaan kepada rakyat. Jika sebelum ini mereka mengeluarkan pelbagai dakyah buruk mengenai BR1M, kini nampaknya mereka sendiri terdesak cuba menghalang rakyat dari menikmati hasil usaha kerajaan.

Mungkin DAP kawasan Bagan Dalam itu bersetuju dengan Mahathir dan beranggapan rakyat dikawasan tersebut tidak harus menerima wang ‘rasuah’ dari kerajaan BN. Sebab itulah petugas sukarela MIC dihalang dari mengedarkan ‘rasuah’ kepada orang ramai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s