BR1M Dicontohi Negara Luar, Mereka Tiru BR1M

Meskipun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan untuk golongan sasar dikecam dan difitnah sebagai rasuah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 25 Disember lepas, namun ia sebenarnya menjadi ikutan negara luar.

Jokowi memperkenalkan Kad dikenali sebagai Kartu Keluarga Sejahtera dan Kartu Indonesia Sehat itu menyerupai konsep Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada Januari 2014.

Selepas Indonesia melaksanakannya, kerajaan Thailand pula meniru kaedah yang dilakukan oleh Malaysia ini pada 10 Disember 2016 baru baru ini.

Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar telah menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan negara itu bernilai antara RM186 hingga RM434, mulai awal bulan ini.

Terbaru, Bloomberg melaporkan pada 21 Disember 2016, Arab Saudi pula bakal melaksanakan pemberian subsidi tunai, sebagai membantu rakyatnya yang terjejas susulan langkah negara itu untuk menaikkan harga bahan api.

Pengumuman mengenai kenaikan harga gas dan diesel itu dijangka akan dilakukan sebelum tahun baru, justeru mana-mana keluarga di Arab Saudi yang terjejas dengan kenaikan berkenaan boleh mendaftar untuk mendapatkan wang tunai seperti BR1M mulai 1 Februari tahun depan.

Bayaran tunai itu dijalankan bermula pada Jun tahun depan, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Ternyata kaedah yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini memainkan peranan yang besar dalam ekonomi dan jika benar ia hanya menyebabkan rakyat menjadi malas, seperti yang didakwa oleh Dr. Mahathir, maka kenapa negara luar mengikut kaedah ini.

Ia sebenarnya telah diperakukan di peringkat antarabangsa sebagai kaedah terbaik bagi membantu merancakkan pertumbuhan eko­nomi.

Jika BR1M tidak berkesan seperti yang didakwa Dr. Mahathir, masakan sekumpulan 35 tokoh ekonomi terkemuka di Britain mencadangkan kepada Bank Pusat negara itu supaya melaksanakan pemberian bantuan tunai bagi mengatasi kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah.

Kumpulan 35 pakar ekonomi itu termasuk Lord Robert Skidelsky dan Herman Daly mencadangkan supaya Bank Pusat dibenarkan menjana dana untuk projek-projek infrastruktur utama dan sebagai alternatif, kumpulan tokoh berkenaan memberitahu bahawa Bank Pusat boleh memberi potongan cukai atau pun pembayaran tunai kepada isi rumah.

Pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah bukanlah satu konsep asing, sebaliknya ia telah diamalkan di banyak negara seluruh dunia. 

Bantuan kewangan yang mensasar ini telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai salah satu kaedah utama jaringan keselamatan sosial untuk rakyat.

Malah bagi kebanyakan negara maju, bantuan seperti itu menjadi sebahagian daripada sistem perlindungan sosial yang mantap. Misalnya, program bantuan Food Stamps di Amerika Syarikat (AS) dan Social Fund di United Kingdom adalah contoh kejayaan program pemindahan wang tunai kerajaan untuk membantu kehidupan golongan yang kurang berkemampuan.

Apa yang pasti, Malaysia bukan negara terakhir yang yang melakukan inisiatif ini.

BR1M mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 sebagai salah satu langkah kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah dan pada masa sama sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Bagi tahun 2016, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM5.9 bilion yang memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. – BeruangBiru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s