Azmin Ali Robohkan Hotel Jamal Yunos Kerana DENDAM

Akibat dendam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terhadap kritikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tentang isu gangguan air yang sering membelenggu penduduk di Selangor.

Azmin tergamak mengarahkan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) untuk merobohkan serta-merta hotel milik Jamal, Sekin Fishermen Village Hotel & Resort. Jamal berkata, MDSB telah diarahkan untuk merobohkan premis perniagaannya.

Paling menyeronokkan, pagi dorang tampal notis untuk dirobohkan… Petang itu jugak MDSB datang buat kerja-kerja merobohkan. Fuhhhhhh, dahsyat betul cara Azmin ni balas dendam terhadap kelantangan Jamal mengkritik kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan beliau.

Kalau bab nak selesaikan isu gangguan air bukan main lembab! Tapi kalau soal balas dendam.. Perhhhhhh, laju betul! Salahkah protes yang dilakukan Jamal dihadapan pejabat Menteri Besar Selangor tempoh hari?

Apa yang dilakukan Jamal sekadar mahu menuntut hak rakyat Selangor yang menderita dengan masalah air. Dalam masa satu tahun, sudah tiga kali masalah yang sama berulang… Langsung tiada jalan penyelesaian. Apa yang Azmin lakukan selama ini? Masalah air pun tak boleh nak selesaikan, baik tak payah jadi menteri besar.

Bila rakyat buat rusuhan dan sebagainya… Mula la Azmin nak balas dendam kerana malu dirinya dimalukan. Nak tutup kesalahan sendiri, boleh pulak cari kesalahan orang lain! Hingga sanggup membalas dendam dengan merobohkan premis orang lain… Memang dahsyat perangai si Azmin ni.

Sementara itu, dalam notis tersebut ada menyebut perintah menutup hotel milik Jamal yang berada di Jalan Pantai Redang, Sekinchan berkuat kuasa serta merta dan pemeriksaan semula premis itu akan dibuat pada 4 Januari depan. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s