Anina Mahu Mahathir Gantikan Muhyiddin Sebagai Presiden Bersatu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi,” katanya.

Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan.

Katanya, ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara itu minggu lalu, kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden.

“Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin,” dakwanya.

Sebelum in Anina disingkirkan dari jawatan Ketua Srikandi PPBM kerana dakwaan beliau terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya. Beliau menganggap perbuatan PPBM itu sebagai keterlaluan dan hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh.

Sebagai makluman, Anina bukannya pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks kerana Jun lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.

Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin UMNO menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s