Anak Mahathir Adakan Projek Penyesatan Wanita Muslimah!!

Projek Dialog yang dinaungi oleh Marina Mahathir nampaknya indah khabar dari rupa!! Projek Dialog itu telah melancarkan beberapa siri kuiz pada 20 Disember lepas, kononnya nak jelaskan kepada kaum wanita Muslimah di luar sana tentang hak-hak mereka sebagai Muslimah. Lantas mahu memperkasakan diri.

Siri kuiz tersebut dinamakan “Hidayah Muslimah”, kononnya ingin bertujuan memberi petunjuk kepada wanita Muslimah dalam pemikiran Projek Dialog… Dorang rasa yang kebanyakan wanita Muslimah tidak mengetahui hak-hak mereka yang digariskan oleh Islam..

Atau lebih tepat, sebenarnya Marina yang tidak tahu mengenai hak-hak wanita Muslimah yang telah digariskan dalam Islam. Apa yang menjadi persoalannya, kenapa kuiz yang dorang buat tu langsung tidak menjerumus ke arah agenda asal mereka, yakni “Hidayah Muslimah”??

Terdapat 12 siri kuiz, yang akan dijalankan dalam tempoh 12 minggu. Bermula dengan minggu ini kuiz bertajuk “Srikandi Islam Yang Manakah Anda?” Kelakar sangat!!! Sebabnya, semua soalan-soalan yang dikemukakan bersifat ala-ala kuiz personaliti, dan bukannya islamik.

Ada patut dorang tanya soalan-soalan bodoh seperti “Masa kecil-kecil dulu anda suka…”, “Anda boleh lakukan apa saja, maka anda akan menjadi?” dan “Anda bersama sekumpulan manusia terkandas di sebuah pulau. Anda akan?”.

Kat mana hidayahnya?? Di pengakhirannya projek yang Marina buat ini, umpama menyesatkan wanita Muslimah. Masakan tidak, apa yang Projek Dialog kemukakan hanyalah sekadar merujuk akhlak umum dan bukan akhlak Islamiyyah yang syumul.

Konon penjawab kuiz telah dirujuk dan kononnya personaliti diri mereka menyamai tokoh srikandi Islam, bahkan seperti ummahatul mukminin Khadijah r.a. dan Aisyah r.a, serta sahabiyyah Rasulallah seperti Nusaibah r.a.

Perhhhhhh… Jawab soalan-soalan bodoh macam tu pun sudah dikira sebagai diri mereka persis seperti srikandi-srikandi Islam. Hah!! Rendah betul Marina meletakkan martabat srikandi-srikandi Islam kita!

Adakah ini bermakna Marina juga menyamakan dirinya seperti srikandi-srikandi Islam?? Jadi dia mahu mempengaruhi wanita Muslimah dengan meracuni pemikiran mereka…

Hanya dengan beberapa kuiz, jadi wanita Muslimah dapat samakan diri mereka dengan Rasullulah. Tapi Rasul takde yang tak pakai tudung tau Marina! Rasul tidak sokong golongan dua alam!

Tindakan Marina yang cuba menyesatkan akidah wanita Muslimah dilihat semakin melampau! Sama naik macam bapaknya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Layak ke Marina ajar wanita Muslimah soal hidayah, sedangkan dia sendiri dah macam orang bukan Islam?? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s