Afdlin Shauki Memerlukan Bajet Sebanyak RM67.2 Juta Untuk Filem ‘Sandakan Tears’

U’olls masih ingat tak di mana pelakon dan pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki pernah menghebah-hebahkan mengenai projek terbarunya bersama pengarah Hollywood, Roger Christian.. Mereka berdua dikatakan bakal mengarahkan sebuah karya yang mengambil latar belakang kejadian yang pernah berlaku sewaktu perang dunia kedua sebelum ni??

Tak silap Miss, filem tersebut membawa kisah tentera Australia dan Britain yang terkorban ketika dipaksa tentera Jepun dari Sandakan ke Ranau sejauh 140 kilometer.. Miss dengar pada mulanya filem tu dijangka membelanjakan modal sebanyak RM3 juta jer..

Selain dikatakan bakal menggunakan khidmat pelakon terkenal, Hugh Jackman untuk membintangi filem tersebut.. Terbaru, apa yang mengejutkan Miss bila projek yang diberi judul ‘Sandakan Tears’ itu dikatakan memerlukan bajet sebanyak RM67.2 juta pulak.. Terbeliak mata Miss bila dengar perbelanjaan yang diperlukan filem tu! Huhuhu..

Sekarang ni Afdlin dok sibuk mencari pelabur antarabangsa, khusus dari Australia untuk memilih lokasi penggambaran.. Selain menggunakan khidmat pelakon luar negara, Miss dengar Afdlin dikatakan mengharapkan jugak dapat menggunakan khidmat pelakon tempatan dalam filem berkenaan.. Filem Afdlin ni dah macam Hollywood noh!!

Tapi kan Miss tertanya-tanya lah jugak, Afdlin tak takut tanggung kerugian ke?? Yela, keluarkan modal berpuluh-puluh juta bagai, tapi takut nanti hasilnya sendu jer.. Mula-mula jer nampak gah filem tu, tapi akhirnya kurang mendapat sambutan.. Apa-apa pun Miss harap usaha Afdlin untuk filem ni berbaloi lah yer.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s