Wan Azizah Hentam Mahathir Soal BR1M

Terkejut besar Gomez dibuatnya… Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba untuk pertama kalinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan melalui kerajaan kepada rakyat.

Macam mana tak terkejut, korang pun tahu kan sebelum ini PKR bermati-matian menuduh BR1M umpama mahu membeli undi rakyat… BR1M diwujudkan bagi mengambil hati rakyat dan dianggap sebagai tiket untuk BN menang pada pilihan raya umum.

Tapi sekarang ni tiba-tiba sokong pulak! Tapi bagus la kan, setidaknya dorang dah sedar yang BR1M tu adalah bantuan untuk rakyat. Bukan tu je berita terkejutnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sempat menghentam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wan Azizah menzahirkan rasa tidak setuju dengan kenyataan Mahathir mengenai BR1M. Ujarnya, apa sahaja yang diberikan kerajaan perlu disalurkan kepada rakyat, itu adalah bantuan dan bukannya rasuah seperti yang didakwa pemimpin veteran terbabit.

Pemimpin PKR itu menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memohon BR1M dan ia sama sekali tidak dianggap sebagai rasuah.. Ia adalah hak mereka untuk mendapatkannya. Perhhhh, dahsyat kan tiba-tiba pulak Wan Azizah menghentam Mahathir.

Sebelum ini Mahathir melemparkan fitnah, kononnya bantuan BR1M itu adalah rasuah bagi membeli undi dan sokongan rakyat pada pilihan raya. BR1M juga dinilai sebagai tiket kemenangan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di mata Mahathir.

Bagi PKR, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir mengenai BR1M tidak mewakili Pakatan Harapan. Apa sahaja yang Mahathir cakap ia adalah pandangan dan pendapatnya sendiri, langsung tiada kena mengena dengan Pakatan Harapan. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s