Ucapan Krismas Guan Eng Umpama Meludah Ke Langit

Gelak terbahak-bahak seluruh rakyat Malaysia setelah membaca ucapan perayaan Krismas yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Mana tidaknya, ucapan yang Guan Eng buat umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. Lain kali kalau nak buat ucapan tu, cermin dulu muka sendiri… Jangan main cakap je, nanti diri sendiri jugak yang malu..

Sudah la ucapan Krismasnya jauh terpesong daripada tujuan asal… Takde langsung kata-kata untuk keharmonian negara. Apa yang disebutnya adalah isu Malaysia sebuah negara yang penuh korupsi. Ehhhh, Guan Eng cakap pasal rasuah?? Biar betul!

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, kenapa Guan Eng tak cermin dirinya sendiri dahulu sebelum bercakap mengenai rasuah dan korupsi di negara ini? Lupakah Guan Eng bahawa dia juga merupakan penyumbang kepada indeks korupsi negara?

Guan Eng sendiri terlibat dengan rasuah, malah memiliki dua kes rasuah yang membabitkan dirinya di Pulau Pinang… Jadi apa motif Guan Eng tuduh kerajaan mengamalkan korupsi dan polisi kerajaan hanya menguntungkan golongan elit sahaja?

Padahal Guan Eng sendiri lakukan perkara tersebut… Setiausaha Agung DAP itu seharusnya meletakkan dirinya ditempat tersebut. Bukannya menyalahkan orang lain. Nampak sangat dalam ucapan Krismasnya tu, dia ada niat yang tidak baik.

Bukan setakat itu je, Guan Eng turut menuduh  bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal. Hahaha! Aduhaii.. Guan Eng ingat rakyat Malaysia ni senang-senang je ke nak lupa pasal tindakannya yang menggunakan pengaruh beliau untuk membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran sebenar?

Bukan tu je, tuduhan kononnya suara-suara yang memperjuangkan hak asasi biasanya akan didiamkan dan ditindas secara berterusan oleh kerajaan BN. Hakikatnya dahulu, seorang ahli DAP telah dihukum hanya kerana menyokong cadangan BN untuk mengadakan ‘public hearing’ bagi semua projek pembangunan reklamasi di Pulau Pinang.

Jadi korang rasa, boleh pakai ka kata-kata Guan Eng ni?? Apa sahaja yang dilakukannya sekarang ini hanyalah sebagai modal bagi mengalihkan isu rasuah yang membabitkan dirinya. Nak bersihkan diri sendiri tapi kotorkan nama orang lain pulak. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s