Tahniah!! Hafidz Roshdi Bakal Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas isterinya, Nurul Shuhada disahkan hamil.

Bagaimanapun Hafidz enggan terlalu menghebohkan berita tersebut kepada orang ramai kerana masih belum mendapat pengesahan daripada doktor.

“Ya, isteri memang sudah hamil kerana beliau sudah menunjukkan tanda-tanda seperti sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah. Cuma­nya pada ketika ini saya masih belum mempunyai ke­sempatan untuk membawa isteri saya berjumpa dengan doktor.

“Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang,” katanya mengenai berita kehamilan isterinya.

Sebelum ini, Hafidz menerusi laman instagramnya ada memuat naik sekeping gambar bersama bayangan bahawa isterinya kini sedang berbadan dua.

Ruangan komen pelakon itu juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan khabar angin itu.

Apapun semoga isteri Hafidz diberikan kesihatan yang baik ketika hamil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s