PM Najib Razak Jemput Orang Ramai Beri Maklum Balas Terhadap MRT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput orang ramai memberi maklum balas terhadap perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu yang baru dilancarkan.

“Dah 10 hari MRT beroperasi, macam mana, siapa dah naik? Boleh beri maklum balas kepada @MRTMalaysia kalau ada apa-apa cadangan dan pendapat,” tulis Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau..

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan para penumpang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan sehingga 16 Januari depan.

Laluan fasa pertama MRT melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer itu mula beroperasi 16 Dis lepas.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s