Penyerang Kelahiran Denmark Bakal Beraksi Bersama Skuad Kedah

Penyerang kelahiran Denmark, Ken Illso Larsen dikhabarkan bakal menjadi antara penyarung jersi pasukan Kedah pada musim akan datang. Bekas pemain Home United itu dijangka bakal berada di Alor Setar bagi menjalani tempoh ujian bersama pemain import lain.

Korang nak tahu penyerang dari Denmark ni hebat ke tak? Pemain yang sudah berusia 30 tahun ini masih mampu menjaringkan 30 gol dalam 41 penampilan. Hebat kan! Kehadirannya ke Kedah bukan sahaja untuk mencuba nasib.

Akan tetapi Illso Larsen bersiap sedia untuk beraksi bersama skuad Kedah dalam misi mempertahankan gelaran sebagai juara Piala Malaysia musim ini. Agenda Illso Larsen bukan je nak kekalkan kemenangan Piala Malaysia tapi dia nak kaut semua piala yang ada.

Pemain Denmark itu telah diintai pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sejak Jun lalu… Akan tetapi ketika itu dirinya masih terikat dengan kontrak dan tidak dapat untuk berhijrah ke pasukan lain.

Kini setelah kontraknya selesai dengan pasukan dari Singapura itu… Illso Larsen sudah bersiap sedia untuk ke Malaysia dan dilamar skuad Kedah. Sebelum ini penyerang tersebut pernah beraksi bersama dua kelab Jerman, iaitu Fortuna Dusseldorf dari 2011 sehingga 2013 dan Vfl Bochum sehingga akhir 2015. Tahun ini dia bersama Home United di Singpura.

Korang nak tahu kenapa Illso Larsen beriya-iya sangat nak datang ke Kedah… Sama seperti Liridon Krasniqi… Illso Larsen terpukau dengan sokongan padu yang diberikan oleh penyokong skuad hijau kuning.

Sebab penyokong Kedah yang ramai dan sokongan padu yang diberikan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini, itu yang membuatkan niatnya untuk bersama pasukan Kedah semakin membuak-buak..

Dirinya yakin dapat beraksi bersama Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva serta pemain tempatan yang begitu berkaliber.. Illso harap beliau mampu menjelmakan yang terbaik demi kejayaan pasukan Kedah musim depan. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s