Pemimpin PAS Dakwa Mahfuz Kutip Cerita Dari Tepi Jalan

Benar apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Mahfuz sepatutnya merujuk sesuatu perkara itu kepada pemimpin PAS sendiri… Bukannya kutip cerita dari tepi jalan dan percaya bulat-bulat. Mungkin Mahfuz ni dah terikut-ikut dengan perangai boboi parti cap bunga tu.

Idris merujuk kepada kenyataan Mahfuz yang menyebut PAS kini cuba untuk makan keliling… Strategi dan tindakan tersebut akhir sekali akan menyebabkan PAS menjadi sebuah parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.

Soal Idris… Kenapa Mahfuz harus mempercayai khabar angin, cerita dalam surat khabar, kutip cerita tepi jalan, dengar cerita dari orang lain dan sebagainya?? Kenapa Mahfuz tidak tanya sendiri kepada tuan empunya batang tubuh parti? 

Kalau Mahfuz masih orang PAS, jadi kenapa tidak rujuk kepada parti PAS?? Mahfuz sepatutnya bijak untuk menapis dan mencari maklumat yang sahih mengenai parti… Bukannya percaya apa orang lain cakapkan. Kenyataan rasmi PAS ada dalam Harakah… Kenapa perlu ambil maklumat di tepi jalan? Soalnya.

Sebelum ini Mahfuz memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyebut parti tersebut sedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain, termasuk Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU akan datang.

Akibat daripada itu, Mahfuz menyifatkan PAS nak makan keliling dan celaru dengan keputusan yang mahu diambil mereka. Gomez pun tak faham dengan Mahfuz ni… Apa yang dia nak sebenarnya? Kenapa perlu kutip cerita dari orang luar berbanding dengar dari mulut parti sendiri? Mahfuz ni ada krisis ke dengan PAS?? Atau dah tak mahu terlibat dengan PAS? – TirGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s